SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Mengapa Pemimpin Seterusnya Dikritik



Dulu, bila tengok Tun Dr. Mahathir nak meletak jawatan di PWTC melalui kaca televisyen, tertanya-tanya juga apa sebab dan puncanya. Katanya, dah buat keputusan dan dia dah berkhidmat lama dah.

Sebak masa tu. Tetapi, apa yang sebenarnya di fikiran beliau? Kita semua nak tahu. Tun Dr Mahathir berjaya mencapai sasarannya dan adakah disebabkan itu dia membuat keputusan meletakkan jawatan? Atau Tun sudah muak dengan orang-orang melayu yang mudah lupa ini? Hanya beliau sendiri saja yang tahu apa yang bermain di pemikirannya.

Sedar atau tidak, masyarakat sering mengkiritik kepimpinan pemimpin selepas era Tun Dr Mahathir Mohammad.

Kerana apa?

Kerana Tun Dr Mahathir telah meletakkan 'benchmark' pemimpin selepas beliau mestilah pemimpin yang lebih baik atau sama baik dengan beliau.

Ya, kita tidak nafikan, setiap pemimpin mempunyai cara yang berbeza namun, asas kepimpinan yang sebenar haruslah dihalusi dan diikuti.

Di zaman Tun Dr Mahathir, mungkin tidak ada penggunaan Internet yang begitu meluas dan sebagainya tetapi sebenarnya ia boleh dikekang dengan kuatkuasa dengan tegas akta yang ada, namun ia dipandang sepi.

Kadangkala kita sakit hati dan geram, kenapa susah sangat nak ambil tindakan sesetengah orang tak kisah dari pihak mana sekalipun yang keluarkan kata-kata ugutan dan sebagainya.

Bak kata Tun

"Itulah, orang dah bagi barang elok, toksah lah sibuk duk tukar ni, mansuh itu mansuh ini tu yang jadi rosak"

Tun merujuk kepada penghapusan beberapa akta. Kenapa? Adakah kerana terlalu bertolak ansur? Apa yang kerajaan dapat bila mendengar permintaan pembangkang?

Tun pernah berkata lagi

"Pembangkang ni duk bangkang ja kerja dia, kita buat baik pun dia bangkang, duk ikut buat apa. Bukan dia akan kata 'Oh kerana kerajaan dah ikut cakap kita , kita akan sokong kerjaaan,' Tak kan?"


Tahap kepimpinan Tun Dr. Mahathir ini terlalu tinggi untuk dicapai oleh mana-mana pemimpin sekarang ini. Tetapi, sepatutnya pemimpin sekarang mengambil contoh dan pendekatan beliau dalam mentadbir negara kerana banyak antara mereka pernah berkhidmat berpuluh-puluh tahun dalam kabinet beliau.

Jadi, sebagai orang yang rapat dengan Tun, mereka patutnya lebih tahu. Orang dari negara lain banyak yang nak Tun Dr Mahathir menjadi pemimpin mereka. Tetapi pemimpin kita ego dan suka dapatkan nasihat dari orang muda yang kononnya belajar dari Oxford. Elokkah hasilnya sekarang? Makin merosotkan? Pelik kerana mereka seperti kehilangan punca dan pandai pandai mengubah benda yang dah elok.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Kalau Dah Malas



Korang rasa korang seorang yang pemalas ?? Tapi jangan risau, di dunia ini ada lagi orang yang lagi malas nampaknya... memang pemalas sangat2 dah ni..


Ais pun x mampu untuk diclearkan


Malas nak berdiri baik2


Malas nak bangun tukar channel


Malas nak alihkan sebelum cat walaupun kecil je barang tu


ni satu lagi kes yang same..


Bayi guna roda sbb x bole jalan, mak guna roda sebab MALAS


Ya ampun, sampai sanggup berbaris lama2..sama je sampai atas juga haizz


Dicetak di Hong Kong, tetapi dilipat di China..jauhnye


Ni lagi kes malas naik tangga..


gamer malas nak clearkan puntung rokok..


potong rumput pun nak guna kerusi roda


Habis la rumah terbakar kalo bomba MALAS mcm ni..


surfing yang paling MALAS


Lagi kes malas depan komputer..


Aiyoyo, kencing pun nak guna kerusi...x masuk akal la..

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Cincin Beracun



Sepasukan arkeologi Bulgaria menjumpai sebentuk cincin beracun dipercayai digunakan sebagai senjata rahsia mengisi racun untuk membunuh musuh.

Barang perhiasan pada abad ke-14 itu, dilaporkan ditemui di tapak sebuah kubu zaman pertengahan di Cape Kaliakra berdekatan pantai Laut Hitam, bandar Kavarna.

Pakar percaya cincin dijumpai di Bulgaria itu, dimiliki seorang lelaki kaya yang jahat dan berniat membunuh musuhnya secara senyap.

Timbalan pengarah Institut Arkeologi dan Muzium Kebangsaan di Sofia, Boni Petrunova berkata, cincin dilengkapi lubang rahsia itu diperbuat daripada tembaga kukuh.

“Berdasarkan struktur, ia dipakai pada jari tangan kanan dan lubang pada bahagian atasnya berfungsi untuk menuangkan racun ke minuman atau makanan mangsa,” katanya.

Artifak itu juga dilapor, membantu dalam penambahan pengetahuan mengenai kehidupan masyarakat khasnya golongan bangsawan di Cape Kaliakra pada abad ke-14.

Lebih 30 jenis barangan kemas kebanyakannya diperbuat daripada emas ditemui di tapak berkenaan sejak 2011.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Rahsia Di sebalik Tun Dr Mahathir



1. Beliau lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Beliau juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Beliau juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4) Beliau lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5) Beliau juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Beliau juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Beliau lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8) Beliau lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Beliau lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Siapa Beliau? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.

Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya.

Credit

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL