SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Berpatah Kembali Kepada Islam



Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya di lahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal.

Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang) .

Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia. Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi Pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00

Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit $1 ,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.

Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan Membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat. Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Jika hendak mengenali mereka Lelaki – Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher Hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00). Perempuan – Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur – Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang
Plaza.

Cara-cara berdakwah:

Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water).

Setelah diberi minum- 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak, Filipina dan Singapura. Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail Orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru – akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.

Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek – lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.

Punca terjebak dalam Kristian:

1) Desakan hidup

2) Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling ! banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian:

Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada

1) Polis Bukit Aman

2) Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri
Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat:

Tidak boleh hisap rokok
Tidak boleh minum arak
Tidak boleh makan benda-benda berdarah
Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Tikus Gergasi Sebesar Kucing



Satu keluarga yang pada mulanya menyangka yang loteng rumah mereka sedang diserang anai-anai 'terkejut beruk' apabila mendapati sebenarnya ia adalah angkara seekor tikus gergasi sebesar kucing. 

Tikus gergasi itu yang berukuran dua kaki panjang dari kepala ke ekor ditangkap di atas siling rumah keluarga Walters oleh pekerja-pekerja kawalan serangga yang dipanggil untuk memeriksa apa yang sebenarnya sedang terjadi di bawah bumbung rumah mereka itu.

Hanya kepalanya saja yang kelihatan...tikus gergasi yang ditangkap di kediaman Puan Grace Walters di United Kingdom.

Akhbar The Mirror memetik pemilik rumah tersebut Grace Walters sebagai berkata, pada mulanya mereka menyangkakan yang bahagian bumbung rumah mereka telah diserang anai-anai selepas terdengar bunyi bising seperti sesuatu sedang mengerit kayu.

“Kami kemudiannya terdengar seperti sesuatu sedang menguyah kayu.

“Selepas syarikat kawalan makhluk perosak datang membuat pemeriksaan dan selepas mereka meletakkan kamera barulah kami sedar yang sedang menguyah kayu itu adalah seekor tikus," katanya.

Menurutnya lagi, pekerja itu tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menebuk siling rumahnya untuk menangkap tikus gergasi tersebut.

Puan Walters menambah, mereka semua kemudiannya terkejut sebaik sahaja melihat kelibat tikus itu kerana ia terlalu besar dan hampir-hampir tidak mempercayainya.

Mereka tidak menyangka seekor tikus sebesar itu boleh menjadikan siling dan loteng rumah mereka sebagai kediamannya.

“Lebih menakutkan lagi ialah untuk mengetahui yang seekor tikus boleh membesar sebesar itu dan hidup di dalam rumah anda," kata Puan Walters lagi.

Marcus Giusti, kakitangan syarikat kawalan makhluk perosak itu berkata, tikus mula membiak dan membesar dengan pantas selepas kebanyakan negara Eropah meminda undang-undang yang menghadkan penggunaan racun kawalan makhluk perosak.

“Tidak syak lagi ini adalah tikus yang paling besar yang pernah kami tangkap setakat ini dan ia sangatlah merbahaya kepada seisi keluarga.

Hanya seminggu yang lalu, satu keluarga di Solna, Sweden menemui seekor tikus sebesar 16 inci hidup di dalam almari dapur mereka. -mstar

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Semangat Kental Bawa RUMAH




Dengan kulit kulit yang telah hangus dibakar matahari dan kasut yang lusuh, Liu Lingchao berjalan sehari2 sambil membawa 1.5 meter lebar, 2.2 meter “rumah” di atas bahunya. Selepas berjalan kira-kira 50 meter, dia meletakkan ke “rumah” itu dan mula mengutip sampah sarap yang boleh dikitar semula atau sampah yang masih boleh diguna pakai, dia mengulangi ini berulang2 kali.

Liu Lingchao berumur 38 tahun berasal dari wilayah Guangxi Liuzhou bandar Rong’an daerah bandar Tantou. 20 tahun yang lalu, beliau meninggalkan kampung halamannya untuk mencari kerja di kawasan Guangzhou dan Shenzhen. Atas desakan hidup yang miskin, 5 tahun yang lalu dia telah membuat sebuah “rumah” sampah kira2 seberat 60kg dan berjalan dari Guangdong untuk pulang ke kampung halamannya. Sepanjang perjalanan, Liu Lingchao enggan menerima bantuan sesiapa, bergantung hanya pada mengumpul sisa dibuang untuk hidup dari hari ke hari.

Sungguh gigih.!








Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Muka dimakan Kuman



Berusia 59 tahun bermastautin lama Sri Lanka . Wang Karunavasi Satu hari, seorang wanita dengan anaknya memutuskan untuk membina rumah sendiri kecil. Semasa pembinaan, dia terkena jangkitan di luka kecil di pipi beliau.

Sejak itu, bermula mimpi ngeri terbesar hidupnya … Keesokan harinya, mukanya membengkak dan demam, Karunavasi hospital menahannya dalam seminggu. segera dipotong sebahagian otot yang dijangkiti. Tetapi mimpi ngeri ini tidak berakhir. Jangkitan datang kembali lagi dalam baki tisu, sehingga dia cacat. Sekarang kes Puan Karunavasi diambil oleh pasukan pemindahan organ Amerika dan ia akan menjadi 6 orang di dunia yang akan menjadi sepenuhnya pemindahan muka baru…








Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL