SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini
Showing posts with label OH!. Show all posts
Showing posts with label OH!. Show all posts

Islam tapi Lapor Polis Gangguan Azan



Seorang lelaki berumur 50 tahun telah membuat satu laporan polis kerana bacaan ayat tahrim dan laungan azan subuh yang terlalu kuat sehingga mengganggu tidurnya.

Lelaki ini dalam laporannya berkata dia juga telahpun membuat aduan kepada pejabat Agama Islam negeri Johor, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan juga ahli jawatan kuasa (AJK) surau perumahan terbabit.

Dia kata laungan azam ini mengganggu dan dia tak selesa dengan laungan azam subuh yang kuat.

Cerita laporan polis ini telah tersebar dan kisah ini telah di'share'kan oleh facebook, whatsapp dan telegram dan menjadi viral. 

Banyak komen yang diterima dan paling menarik satu komen daripada bukan Islam.
Eric Kai Yuen : I'm non Muslim, my condo is just opposite masjid, and i stay here for more than 10 years. I didn't found a single problem with it. I believe praying is good for everyone, no matter what religions u are.

Apa nak jadi umat Islam di negara ini entahlah....

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Where Children Sleep

Chris Booth dan James Mollison ialah dua orang jurugambar yang menghasilkan projek Where Children Sleep dimana mereka mengembara keseluruh dunia untuk melihat "bilik tidur" kanak-kanak. Ada yang mempunyai bilik yang mewah dan tak kurang juga ada yang tinggal sebagai gelandangan. Siri foto ini menginsafkan. 






Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Temani Anak Saat Tahu Ajal Akan Tiba



Ketika anda berkahwin tentunya sangat ingin ditemani oleh kedua orang tua anda bukan? Ketika upacara perkahwinan anda disaksikan oleh ayah dan ibu rasanya kebahagiaan lebih lengkap. Begitu juga dengan orang tua, pastinya menjadi kebahagiaan tersendiri jika boleh mendampingi anaknya dalam upacara perkahwinan.

Namun jika Tuhan berkehendak lain, apa yang perlu dilakukan? Seperti halnya dengan Kisah Jim Zetz ini, Mengetahui dirinya menghidap kanser prankeas, ayah ini ingin berjalan di ruang sayap (the aisle) bersama anak perempuannya yang masih berusia 11 tahun. Mereka melakukan upacara selayaknya perkahwinan kerana Jim Zetz tidak akan mungkin membawa anak perempuannya di ruang sayap kerana mungkin sebentar lagi dia harus pergi untuk selamanya.

Dipetik dari dailymail.co.uk, Jim Zetz berusia 62 tahun dan mempunyai anak perempuan yang kini usianya masih 11 tahun. Keluarga yang berasal dari California ini kini sedang diliputi perasaan haru. Jim sedang mengidap kanser pankreas tahap 4. Jim sebenarnya ingin sekali memegang tangan anak perempuannya ketika berjalan di ruang sayap jika kelak anak perempuannya berkahwin. Cerita ini pun didengar oleh seorang jurugambar bernama Lindsey Villatoro yang sangat tersentuh dengan kisah Jim, kemudian dirinya mempunyai inisiatif untuk mengumpul dana dan hal-hal lain yang berkaitan dengan perkahwinan.





Akhirnya dalam masa 72 jam Lindsey boleh menyiapkan kek pengantin, pakaian, makanan untuk menjamu jemputan, bunga, dan bahkan makeup. Awalnya Lindsey mendengar cerita mengharukan tersebut ketika melakukan foto dengan keluarga Jim sebagai kenangan terakhir bersama dengan Jim. Josie tidak boleh menerima kenyataan apabila mengetahui mungkin ayahnya nanti tidak boleh mendampingi ketika Josie berkahwin. Lindsey akhirnya memberikan idea untuk membuat upacara perkahwinan mini. 



Tidak dapat dielakkan lagi, upacara perkahwinan yang dilakukan di laman belakang rumah ini mengundang ribuan air mata jatuh menitis ketika Josie menangis dipelukan ayahnya selepas Jim memberikan cincin yang sangat indah kepada Josie bertepatan dengan ulang tahunnya yang ke-11. Bagi Jim, kenangan ini akan sangat bermakna bagi Josie kelak dan tentu bagi ketenangan dirinya sendiri yang mungkin akan segera meninggalkan putri kesayangannya. Semoga Tuhan memberikan keajaiban ya Ladies agar Jim diberikan usia lebih panjang demi Josie.

Tengok Vdeo >>>

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Kumpul 9 Juta Bahan Buangan Biayai Anak



Pepatah Perkasa ada berkata, Sikit sikit lama lama menjadi bukit. Ini mungkin pepatah yang ada dalam bahasa tionghua kerana sepasang suami isteri di Hengyang, Provinsi Hunan mengitar semula 9 000 000 botol plastik selama 10 tahun bagi membiayai yuran pelajaran anak mereka di Jerman. Ini memang parents yang deserve respect. Bekerja keras untuk anak. Kalau anak dia lupakan pengorbanan ibu bapanya, harap kami ialah Ah Tanggang akan mati disumpah menjadi botol plastik gergasi. 




Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Harimau Dibunuh Utk Si Kaya



Beijing – Lebih dari 10 ekor harimau dibunuh dalam satu persembahan bagi menghiburkan pegawai rasmi dan peniaga kaya di China.

Polis Zhanjiang merampas bangkai harimau yang baru dibunuh itu serta beberapa produk lain yang berasaskan harimau dalam serbuan baru-baru ini, lapor akhbar Nanfang Daily.

Pegawai tempatan dan ahli perniagaan berjaya berkumpul bagi menyaksikan haiwan itu dibunuh sebagai simbolik status sosial mereka.

Rakaman video perbuatan tidak berperikemanusiaan itu yang dimuat naik dua tahun lalu menunjukkan, mulut harimau yang dikurung dalam kandang besi itu dirodok dengan rod elektrik selama lebih 10 saat sehingga mati.

Seorang penyembelih berpengalaman dibayar untuk melapah daging haiwan berkenaan bagi mendapatkan bahagian penting.

Tulang harimau biasanya dijual pada harga 14,000 yuan (RM7,421) sekilo manakala daging pula mencecah RM530 sekilo.

Menurut polis, penyembelih berkenaan yang mati selepas terjun kerana mahu melarikan diri ketika serbuan itu sudah membunuh lebih dari 10 ekor binatang.

“Harimau itu mungkin disuntik pelali sewaktu di bawa ke sini, tetapi pembeli akan memeriksa dan memastikan harimau itu hidup sebelum dibunuh,” kata sumber yang tidak didedahkan identitinya, semalam. – Agensi

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Hancur Badan Disedut Engine Boeing



Untuk cabaran seorang mekanik pesawat atau kapal terbang. Kejadian mengeri ini berlaku di Lapangan terbang antarabangsa Texas. Pesawat jenis Airlines Flight 1515 dalam proses penerbangan menuju ke lapangan terbang Bush Intercontinental di Houstonwhen..

Menurut info, proses menyenggarakan enjin sebelah kanan sedang dijalankan. Dalam masa yang seorang mekanik telah disedut dalam enjin tersebut. Selepas siasat,menunjukkan mangsa yang disedut dalam enjin tersebut ialah seorang mekanik yang bekerja sebagai pembekal syarikat penerbangan tersebut.







Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Worst Mother Ever



Seorang ibu di Dongguan, China dikritik hebat apabila video menunjukkan dirinya memukul dan mengheret anak yang masih kecil tanpa belas kasihan tersebar di internet.


Anaknya hanya mampu menangis hingga terkencing malah terbaring di jalanraya yang kotor dan berdebu namun si ibu dilihat lebih sibuk dengan telefon bimbit.

Orang awam dan anggota polis yang terkejut melihat perlakuannya cuba menenangkan keadaan namun ibu ini bukan sahaja tidak menerima nasihat malah naik angin.

Berikut adalah rakaman lain menunjukkan apa yang diperkatakan wanita ini apabila dinasihati:


Selain menghambur maki hamun, dia turut berkeras itu adalah cara dia mendisiplinkan anaknya.

Anaknya yang ketakutan melihat orang ramai cuba mendapatkan perlindungan ibunya namun wanita berhati kering ini tergamak meninggalkan anaknya yang mungkin baru pandai berjalan itu semata-mata untuk bercakap di telefon bimbit.

Perlakuan kejam wanita ini dikecam masyarakat yang pada sama, turut menyalahkan anggota polis dalam rakaman ini kerana tidak menahan wanita tersebut.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Antara Kekejaman Terhadap Kanak2



KES-KES HANGAT YANG PERNAH DILAPORKAN

1. Susan Wiley a.k.a ‘Genie’

Salah satu gambar Susan yang ‘normal’

  • dijumpai oleh pihak berkuasa California pada 4 November 1970, terkurung di dalam bilik tidur bapaknya yang mengalami masalah mental selalu didera dan tidak dibenarkan bercakap oleh bapaknya sehingga berusia 13 tahun.
  • menjelang usianya 13 tahun itu, Genie hampir bisu dan hanya mampu menuturkan lebih kurang 20 perkataan rutin sahaja seperti ‘stop it’ atau ‘no more’.
  • ibunya turut mengalami penderaan fizikal oleh bapak Genie dan hampir buta, selain disebabkan penyakit yang dihidapinya
Susan Wiley sekarang

  • dilaporkan berjalan ‘seperti arnab’ akibat apa yang berlaku ke atasnya sepanjang tempoh terapi, 
  • dilaporkan Genie gagal dikembalikan kemanusiaannya sepenuhnya
  • kisah hidup Susan telah diadaptasikan dalam filem bertajuk ‘Mockingbird Don’t Sing’


2. Kamala & Amala

Antara gambar Kamala & Amala yang berjaya dirakam

  • dibesarkan oleh sekawanan serigala sejak Amala berumur 18 bulan & Kamala 8 tahun (Mowgli habis!)
  • ditemui pada 9 Oktober 1920 di daerah Mindpore, India oleh Joseph Amrito Lal Singh, seorang paderi, yang juga menamakan, menjaga dan menulis diari tentang perkembangan kedua-dua kanak-kanak itu


  • menurut Lal Singh, ketika ditemui, kedua-dua kanak-kanak itu dijaga oleh sekumpulan serigala seolah-olah kedua-keduanya adalah anak mereka
  • walaupun Lal Singh berjaya melarikan kedua-duanya daripada serigala-serigala itu, namun kedua-dua kanak-kanak itu tidak menunjukkan ciri-ciri kanak-kanak normal – mereka mencakar, tidak mahu berpakaian serta bergerak dengan 4 kaki
  • mereka juga cenderung untuk berjaga malam selain sensitif terhadap cahaya matahari

3. Oxana Malaya


  • ditemui di Ukraine pada tahun 1991 pada usia 8 tahun
  • dikatakan menghabiskan sepanjang masanya dengan sekawan anjing – mewarisi banyak sifat-sifat seekor anjing selain tidak mampu bertutur
  • uniknya, Oxana bukan diculik atau ditinggalkan di hutan tetapi akibat kesan sikap tidak bertanggungjawab ibu bapa yang kaki botol dan membiarkan Oxana tinggal di dalam rumah anjing dan hanya dibenarkan masuk ke dalam rumah sekali sekala


  • ketika diselamatkan, Oxana langsung tidak mempunyai personaliti seorang manusia – menyalak, menderam dan bergerak seperti seekor anjing selain menghidu makanan sebelum memakannya
  • perlahan-lahan, dia berjaya dipulihkan dan kini tinggal di Baraboy Clinic walaupun doktor mengatakan dia tidak akan menjadi manusia normal sepenuhnya

LAIN-LAIN KES

- Tissa : ditemui pada tahun 1973 di Sri Lanka. Dikatakan dibela oleh sekumpulan monyet.

- Dina Sanichar : budak dari India yang tinggal bersama serigala (jugak), ditemui pada tahun 1867.

- Ivan Mishukov : budak kecil yang tinggal bersama anjing di Russia, kes yang hampir sama seperti Oxana.

- Rochom P’ngieng : gadis Cambodian yang dikatakan tinggal di dalam hutan selama 19 tahun, ditemui pada 13 Januari 2007.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Pilih Mati Dari Lihat Ibu Bapa Mengemis



Kisah seorang anak lelaki yang memilih untuk mengakhiri nyawa demi abang yang sakit selain tidak tahan melihat kesusahan ibu bapa menyentuh hati rakyat China hingga wasiatnya tertunai.

Kisah sedih keluarga si mati yang dikenali sebagai Hongtao bermula selepas abangnya, Honghui disahkan menghidap sakit buah pinggang, uremia pada 2010.

Doktor menyatakan satu-satunya penawar bagi uremia cuma mengganti buah pinggang yang baharu. Tapi belum sempat penyakit Honghui dirawat, Hongtao pula didapati menghidap sakit sama.

Sejak itu keadaan keluarga tersebut berubah secara mendadak.


Bapa mereka, Gao Chuanyou terpaksa mencari wang yang banyak untuk mengubati sakit kedua-dua anak lelakinya.

Sampai satu tahap, dia terpaksa menjual rumah dan menggadai segala harta yang ada.

Dikenali sebagai pelajar cemerlang, pihak sekolah termasuk guru dan kawan-kawan turut menjalankan kutipan derma bagi membantu keluarga ini.

Namun keadaan kian buruk apabila doktor mengesahkan pula buah pinggang Chuanyou tidak boleh dipindahkan kepada anak lelakinya kerana masalah padanan tisu.

Buah pinggang ibu mereka, Zheng Tingxia pula mengalami kerosakan apabila dia jatuh sakit kerana terlalu sedih.

Pada masa sama, ibu bapa malang ini sudah sampai ke tahap terpaksa mengemis demi memastikan kedua-dua anak lelaki mereka terus mendapat rawatan.

Hal ini membuat Hongtao tidak tahan melihat penderitaan ibu bapanya lalu pada satu hari mengunci pintu biliknya, sebelum ditemui sudah mati di samping satu nota.


Nota Hongtao itu menyatakan dia tidak mahu jadi beban buat keluarga jadi selepas ketiadaannya mereka boleh memberi sepenuh perhatian kepada abangnya seorang. Dia yakin kematiannya akan membuatkan abangnya dapat terus hidup dan itu akan menenangkannya.

Kisah kematian Hongtao kemudiannya tersebar di China lalu menyentuh hati banyak pihak yang mula memberikan sumbangan hingga ibu bapanya tak lagi perlu mengemis.

Selepas dua tahun menunggu, buah pinggang yang sepadan ditemui lalu Honghui yang kini berusia 23 tahun berjaya menjalani pembedahan. Dia kini dalam proses untuk sembuh.


Si bapa dilaporkan berkata, tidak mungkin mereka sekeluarga dapat hidup gembira seperti dahulu dengan ketiadaan Hongtao namun pada masa sama terpaksa akur, kehidupan perlu diteruskan.


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Sayang Dadah dari Anak



SOUTH CAROLINA – Seorang wanita dihukum penjara 20 tahun selepas bayi yang disusunya meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan melalui susu badan.

Wanita itu yang juga bekas jururawat Stephanie Greene, 39, mengambil ubat termasuk ubat penahan sakit tanpa memaklumkan doktor bahawa dia sedang mengandung.

Keadaan itu menyebabkan bayinya yang berusia enam minggu, Alexis meninggal dunia pada November 2010.

Laporan forensik menunjukkan terdapat tiga jenis dadah dan morfin dalam sistem badan bayi malang itu.

Greene didapati bersalah oleh hakim kerana membunuh bayinya dan mengabaikan kebajikan bayi berkenaan.

“Dia lebih sayangkan dadah daripada bayinya sendiri,’’ kata hakim meskipun peguam bela Greene menyatakan bahawa bukti yang ada tidak mencukupi untuk menunjukkan bahawa dadah yang diambil oleh wanita itu disalurkan kepada bayinya menerusi susu.

Greene kini berdepan dengan 38 lagi tuduhan kerana menipu untuk mendapatkan ubat.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Anak Biadap Tendang Ibu




LUBNAN – Anak biadap. Sanggup menendang ibu sendiri di hadapan penonton yang menyaksikan program yang disiarkan sebuah stesen televisyen yang bermatlamat menyatukan kedua-dua beranak itu.

Kejadian mengejutkan itu berlaku apabila Ahmed, 15, ditemukan dengan ibunya yang sudah tujuh tahun tidak berjumpa, dalam program Bil Akeed.

Ahmed sebelum ini enggan bertemu dengan ibunya, yang telah bercerai dengan bapanya.

Ketika pengacara cuba mencari jawapan kepada perpisahan berkenaan, wanita itu memberitahu bahawa dia bercerai dengan suaminya kerana lelaki itu kaki pukul.

“Malah dalam mahkamah juga dia menyerang saya, di hadapan hakim,’’ kata wanita tersebut.

Ahmed kemudiannya mula marah dan mempertahankan bapanya.

Keadaan ini menyebabkan ibunya menganggap Ahmed sebagai remaja yang `mabuk’.

Ia menyebabkan Ahmed mengamuk lalu naik ke atas meja dan menendang ibunya. Dia bagaimanapun telah ditarik dengan segera oleh kakitangan produksi.

Pada akhir program berkenaan, pengacara . Zaven Kouyoumdjian memberitahu bahawa dia akan menyelesaikan isu tersebut.




Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Anak Makan McD, Ibu Makan Ikan Masin



Melalui keterangan, pemilik akaun pada ketika itu duduk membelakangi gadis tersebut dan belakang kepala mereka agak rapat sehingga dapat mendengar jelas perbualan itu.


Dikatakan juga, dia kemungkinannya menggunakan ‘loudspeaker’ kerana suasana yang agak bising dan tidak menyangka perbualan itu dapat didengari oleh pemilik akaun itu.

Tujuan sebenar admin adalah ingin berkongsi apa sebenarnya peranan kita sebagai anak-anak terhadap ibu bapa.

Semoga apa yang disampaikan oleh pemilik akaun ini dapat dijadikan iktibar buat semua hendaknya.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Update Status Sebelum Bunuh Diri



Di zaman serba canggih, kemudahan laman sosial melalui internet adalah salah satu medium paling mudah untuk disampaikan kepada orang ramai. Namun begitu ramai yang tidak menggunakannya ke arah kebaikan. Sekarang menjadi "trend" pula meng"update" status akan bunuh diri secara online.

Jom kita terjah!

Bunuh Diri Selepas Putus Cinta via Instagram 


Jojostai1012 menghantar beberapa foto yang menjadi isyarat bahawa dia akan bunuh diri . Instagram gadis ini banjir pengunjung justru setelah dia betul-betul  mengakhiri hidupnya.

Dari gambar yang dipaparkan di Instagram , jojostai1012 kelihatan sangat putus asa selepas putus cinta dengan teman lelakinya . Bahkan menghantar sebuah foto dengan tulisan :

" Aku akan menghantuimu siang dan malam selepas aku mati . Kita tidak akan berpisah lagi"


Bunuh Diri KeranaKekasih Tak Datang di Pesta Ulang Tahun via Facebook

Claire Lin , wanita 31 tahun dari Taiwan ini nekad bunuh diri kerana kesal sang teman lelaki tidak datang ke acara ulang tahunnya. Dalam berbual di Facebook, dia menuliskan akan bunuh diri dengan cara menghirup asap pembakaran arang di dalam biliknya. Rakan - rakannya berusaha memohon agar dia tidak bunuh diri, namun tak ada satu pun yang melaporkan pada polis.

"Terlambat , bilik saya sudah penuh asap . Bahkan di saat aku sedang mati , aku masih ingin posting di Facebook . Aku pasti sudah ketagihan Facebook . Haha .." demikian status terakhirnya . 


Membuat Blog Rencana Akan Bunuh Diri Akibat Sakit



Frances Medley (44 tahun) muncul di pelbagai ruang berita selepas didapati meninggal bunuh diri. Wanita ini bahkan membuat sebuah blog bahawa dia akan bunuh diri akibat mengalami multiple sclerosis.

Dalam blognya, Frances menuliskan dia sudah putus asa dengan sakit yang dialami dan sangat membimbangkan masa depannya. Dalam postingan terakhir, Frances menuliskan bahawa keadaannya semakin teruk. Dia benar-benar mengakhiri hidupnya dengan menelan beberapa pil yang dibeli secara online. 

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Wanita Islam Dipenjara Bersama Beribu Lelaki



Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki?

Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui. Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI tentang hubungan yang dikatakan itu.



Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa?

kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai.

Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.

Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan.


Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip ****h untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan.

Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.

Bukan sahaja Dr.Aafia tetapi ramai lagi wanita Islam yang diculik oleh FBI dan sekutunya tanpa diketahui dan dibicara dan akhirnya kita hanya didedahkan wanita-wanita ini didera secara seksual seperti di penjara Abu Gharib, Iraq.



Credit

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Disebalik Kemusnahan Tanah Suci Mekah



Kawasan Arab Saudi semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!


Konsep baru mekah.

Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.




Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida’ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida’ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.

Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!

Persoalan ini membawa kepada soalan seterusnya, iaitu, “Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud”

PERSOALAN DEMI PERSOALAN

Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar “Penjaga Dua Masjid Utama”.

Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?

Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!



Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?

Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.


Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.

Tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana “bida’ah” dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan ‘HARAM’ Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.


Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.

Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.

Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!

Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.

Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!

Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).

Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.

*Bagi yang tidak keberatan untuk kongsi pengetahuan ini bersama orang lain, sila SHARE post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL