SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini
Showing posts with label InfO!. Show all posts
Showing posts with label InfO!. Show all posts

Antara Kapal Terbang Yg Hilang Dijumpai Semula





Berikut adalah antara Kes Kapal Terbang yang hilang dijumpai semula:


Temui kapal terbang selepas 35 tahun



Selepas 35 tahun kapal terbang yang membawa penumpang seramai 92 orang hilang di ruangan angkasa dan tidak dapat dikesan oleh sebarang radar dan elektronik, ia akhirnya mendarat di Porto Alegre, Brazil dengan keadaan penumpang yang kurus kering !

Ia hilang pada 4 September 1945 dan mendarat pada 12 oktober 1980.

Teori menyatakan bahawa pesawat ini telah sesat di dimesi keempat dan ada kemungkinan telah jauh "tersimpan di Black Hole" selama 35 tahun. Para penumpang yang pulang seolah-olah tidak mampu mengingat kembali "moment" mereka ketika hilang dan tidak mempu untuk bercerita pengalaman mereka selama "disana."


Kapal terbang muncul selepas 55 tahun hilang


Penerbangan DC-3 dari Rio de Janeiro ke Havana itu telah hilang, dan hanya muncul 55 tahun selepas itu, mendarat di lapangan terbang Bogota, Colombia, pada disember 1994. Kapal terbang tersebut membuat pendaratan tanpa menghubungi pusat kawalan trafik udara dan hampir bertembung dengan sebuah kapal terbang yang lain.

Pihak keselamatan bergegas ke lokasi, dan telah menemui sesuatu yang menakjubkan, dimana terdapat 36 rangka manusia didalamnya. Bagaimana sebuah kapal terbang yang hilang pada tahun 1939 dan muncul pada tahun 1994, membuat pendaratan selamat, dan hanya rangka manusia didalamnya?

Memetik laporan daripada Herman Guevara yang merupakan salah seorang daripada 100 orang pakar penerbangan yang menyiasat fenomena ini:

"Misteri yang sangat hebat, sejak kehilangan kapal terbang DC-3 pada tahun 1939, mereka mendarat, dan menemui 36 rangka manusia, kopi yang masih panas, dan jenama rokok Old Gold yang sudah lama tidak wujud. Salah seorang penumpang mempunyai surat khabar bertarikh 16/04/1939, tetapi telah kekuningan serta masih berbau cetakkan.

"Saya berharap agar dapat memberi penjelasan kepada fenomena ini, tetapi saya juga seperti mereka yang lain, tidak dapat merungkai perkara sebenar disebalik kejadian ini."

Selain dari mereka yang mendakwa kapal terbang tersebut telah merentasi masa, separuh dari pakar tersebut juga mempercayai bahawa fenomena ini mempunyai kaitan dengan makhluk asing (Alien), dimana secara logiknya pendaratan secara automatic adalah mustahil, dan hanya boleh dilakukan dengan menggunakan satu alat kawalan jauh yang besar untuk mendaratkannya.


Temui kapal terbang selepas 35 tahunPesawat Ditemui Setelah 70 Tahun Hilang


Seperti yang kita tahu, perang dunia merupakan satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang termasuk orang awam dan tentera. Semasa peperangan tercetus, terdapat sebuah pesawat perang dunia ke-2 yang hilang selama 70 tahun dan kini ia berjaya ditemui semula. Pesawat Kittyhawak P-40 tersebut adalah milik tentera British Royal Air Force dan diterbangkan oleh Sarjan Dennis Copping. Pesawat tersebut berpengkalan di Mesir semasa kempen Afrika Utara terhadap Rommel. Pesawat yang didapati mengalami kerosakan tersebut diarahkan untuk dibawa ke pengkalan lain untuk dibaiki.


Semasa di dalam perjalanan, pesawat tersebut didapati hilang kawalan pada Jun 1942 dan kehilangannya menjadi misteri.Setelah 70 tahun, pesawat tersebut berjaya ditemui semula di Gurun Sahara dalam keadaan serba lengkap seperti tidak diusik oleh sesiapa.

Nasib juruterbang tersebut pula dikatakan selamat semasa ianya terhempas melalui penemuan sisa-sisa payung terjunnya dan juga radio rosak yang dikeluarkan daripada pesawat menunjukkan beliau cuba untuk menghubungi pengkalan.



Kapal hilang dari radar 



Pada awal tahun 1994, sebuah pesawat penumpang Itali melintasi ruang udara pantai Afrika.Dengan tiba-tiba sahaja pesawat tersebut hilang dari radar di menara kawalan. Ketika semua petugas di lapangan terbang tersebut cemas kerana menyangka pesawat itu telah terhempas, pesawat tersebut muncul kembali di ruang udara, dan radar dapat mengesan kembali koordinat pesawat tersebut. Pesawat itu mendarat dengan selamat tanpa sebarang masalah. Namun, kru kapal dan 315 penumpangnya sama sekali tidak tahu bahawa mereka pernah “hilang”. 

Perkara itu diberitahu oleh patugas di menara kawalan kepada kapten kapal terbang. Dengan kehairanan dan rasa tidak percaya, kapten pesawat berkata : “Pesawat kami tidak pernah mengalami sebarang masalah dari Manila, dan tidak ada kejadian yang pelik-pelik pun berlaku. Mana mungkin kami semua ‘hilang’?”. Tetapi yang menjadi misteri dan membuatkan mereka semua percaya mereka semua telah ‘hilang’ ialah ketika mereka semua melihat jam masing-masing. Semuanya terlambat 20 minit.


Misteri Kehilangan MAS MH370




Semalam negara dikejutkan dengan kehilangan Pesawat Boeing 777-200 MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal. Namun misteri ini masih belum terjawab kerana setakat ini tiada bangkai pesawat ditemui atau tanda-tanda yang membolehkan pesawat ini ditemui kecuali tumpuhan minyak yg dikesan di perairan Vietnam. Maha besar kekuasaan Allah berdasarkan cerita-cerita di atas sukar mempercayai adanya misteri kehilangan pesawat yang akhirnya berjaya ditemui selepas berpuluh-puluh tahun.


Semuanya berlaku atas takdir ALLAH, hanya DIA yang mengetahuiNYA. Berdoa saja atas pelbagai kemungkinan yang berlaku.

Wallahu a’lam
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Persoalan Kehilangan MH370



Tanda Tanya Berkenaan Kehilangan Pesawat MH370 




Pesawat MH370 Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia telah terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara di Malaysia pada awal pagi Sabtu lalu dan menyebabkan gerakan mencari dan menyelamat besar-besar telah dilakukan melibatkan pelbagai negara.

1. Siapa yang berada di dalam penerbangan MH370?
Terdapat 227 penumpang termasuk 153 warganegara China dan 38 rakyat Malaysia. Menurut senarai penumpang, terdapat 2 penumpang kanak-kanak dan kesemua 12 anak kapal merupakan rakyat Malaysia.
Daripada kesemua warganegara China yang menaiki pesawat itu, 19 daripadanya merupakan artis yang hadir ke sebuah pameran di Kuala Lumpur.

Dipercayai terdapat 2 penumpang yang menggunakan pasport curi.


2. Bilakah kali terakhir pesawat itu dikesan?
Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 0041 pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 0630. Pengawal trafik udara terputus hubungan pada jam 0130.

3. Di mana pesawat ini menghilang?
Pesawat ini menyeberangi Laut China Selatan dan di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Ia merupakan laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan juga Vietnam sebelum masuk ke ruang udara China.

Tiada isyarat kecemasan atau isyarat lain dihantar. Akan tetapi, pesawat ini dipercayai cuba berpatah balik dari jalan yang dijadualkan berkemungkinan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


4. Di mana misi mencari dilakukan?
Tumpuan misi mencari MH370 adalah di perairan Timur Malaysia, di Laut China Selatan.

Kini diperluaskan ke Selat Melaka bahagian Pantai Barat Malaysia dan juga sekitar Laut Andaman.

5. Wujud teori berkaitan kehilangan pesawat ini?
Faktor yang diberi perhatian ialah keadaan cuaca yang kurang baik, kesilapan juruterbang dan juga kelayakan terbang. Keadaan cuaca ketika penerbangan ini dilaporkan baik. Juruterbang pula mempunyai lebih daripada 18,000 jam penerbangan dan mula bertugas sejak 1981.

Malaysia Airlines ialah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod yang baik. Pesawat Boeing 777-200 pula merupakan pesawat yang paling selamat serta dilengkapi dengan teknologi moden. Pesawat ini pernah mengalami kemalangan kecil sewaktu bergerak di landasan pada tahun 2012 tetapi telah dibaiki dan mendapat kelulusan untuk beroperasi semula. Kali terakhir pemeriksaan dilakukan adalah pada 10 hari lalu.

6. Adakah kemungkinan berlakunya serangan pengganas?
Pihak MAS tidak menolak sebarang teori. Namun, pegawai di Amerika Syarikat yang menghantar penyiasat FBI berkata tiada bukti berkaitan serangan pengganas buat masa ini.

Kehadiran 2 penumpang dengan pasport curi adalah pelanggaran undang-undang tetapi ia lebih berkisar kepada isu pemedagangan manusia.


Sebelum ini, penerbangan Air India yang terhempas di Mangalore pada 2010 sewaktu dalam perjalanan ke Dubai telah mengakibatkan kehilangan 158 nyawa dan 10 penumpang dengan pasport palsu telah dikenalpasti.


7. Mampukah pesawat moden lenyap tanpa meninggalkan jejak?
Pesawat Air France dalam penerbangan dari Brazil ke Perancis hilang di Lautan Pasifik pada 1 Jun 2009 yang mengakibatkan kesemua 228 orang turut hilang.


Serpihan pesawat itu dikesan pada hari berikutnya tetapi mengambil masa hampir 2 tahun untuk mencari perakam penerbangan dan juga mayat fiuslaj yang tenggelam ke dasar laut. Perairan di Laut China Selatan dan Selat Melaka adalah lebih cetek berbanding Lautan Atlantik.

Perakam penerbangan atau kotak hitam berkeupayaan untuk memancarkan isyarat ultrasonik yang boleh dikesan walaupun di dalam air. Pada keadaan yang baik, isyarat ini boleh dikesan beberapa ratus kilometer jauhnya.

Tanpa mengetahui trajektori kapal terbang menjunam mahupun pemahaman mengenai kelajuan angin dan juga keadaan ombak, pasukan mencari dan menyelamat terpaksa melakukan carian pada kawasan yang lebih luas.


8. Dikatakan pesawat MH370 cuba berpatah balik ke KLIA sebelum pergerakkannya hilang dari radar, adakah pesawat mengalami masalah?
Berdasarkan rakaman radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memang terdapat kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik sebelum komunikasinya terputus.

Namun, sehingga kini tidak diketahui permasalahan yang berlaku yang menyebabkan pesawat tersebut cuba berpatah balik.


9. Apakah negara-negara yang terlibat dalam usaha gerakan mengesan dan menyelamat ini?

Selain Malaysia, gerakan besar-besaran ini juga turut dibantu oleh negara Vietnam, Republik Rakyat China, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat.
Operasi pencarian ini melibatkan penggunaan aset-aset ketenteraan dari pelbagai cabang udara, laut dan darat termasuk juga penglibatan agensi penguatkuasaan maritim dan polis dari negara-negara yang terlibat.



10. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat MH370?

Sebarang informasi rasmi dan terkini boleh diikuti menerusi laman Facebook dan Twitter Penerbangan Malaysia (@MAS), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengesan pesawat MH370.

Selain itu juga, saluran berita Astro Awani 501 juga menyiarkan laporan mendalam dan berterusan termasuk siaran sidang media secara langsung berkenaan usaha mengesan pesawat MH370.

PRAY FOR MH370:



Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Pakai Pakaian Dalam Semasa Tidur


Kesan Memakai Coli Dan Seluar Dalam Semasa Tidur 


‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.

Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya.

Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.

Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.
Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. 


Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.

Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.

“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.

Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.


Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.

Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.

Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?

Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Risiko Anak Kecil Main Gadjet



Seiring dengan teknologi dan arus kemodenan sekarang, permainan untuk si kecil alaf ini juga sudah berbeza dengan sekarang. Antara yang menjadi trend ibu bapa celik IT adalah memberi gadget seperti ipad atau tablet untuk dijadikan mainan si kecil. Namun terfikirkah anda samaada gadget seperti ini sesuai atau tidak untuk tahap umur semuda dua tahun ke bawah.

Pediatrik dari Akademi Amerika berkata, anak kecil kanak-kanak di bawah dua tahun perlu mengelak daripada menghabiskan masa dengan melihat skrin. Meluangkan masa terlalu lama pada skrin sentuh (touchscreens) dibimbangi boleh memberi kesan jangka panjang.

Menurut para doktor dan ahli terapi, menghabiskan masa terlalu lama di hadapan skrin boleh merosakkan perkembangan badan mereka.

” Kanak-kanak sepatutnya melakukan aktiviti pembelajaran menggunakan pen dan kertas, namun, jika mereka terlampau kerap menggunakan iPad otot mereka akan kekal lemah” kata ahli terapi pekerjaan Lindsay Marzoli dari Learning and Therapy Corner.

Kanak-kanak juga berpotensi untuk mengalami masalah motor dan kekuatan otot.

Dr Timothy Doran, pakar kanak-kanak di Pusat Perubatan Greater Baltimore juga turut menyatakan kebimbangan terhadap penggunaan gadget ini tanpa pengawasan ibu bapa. Ahli terapi juga menasihati ibubapa supaya mengehadkan penggunaan iPad selama 15 minit sahaja dalam satu masa.

Pakar Pakar Bedah Tulang Belakang Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Mohammad Nawar Ariffin memberitahu Kosmo Online bahawa, sebahagian otak diperuntukkan kepada fungsi tangan dan menggunakan skrin sesentuh menyebabkan tidak banyak pergerakan yang berlaku kerana mereka menggunakan satu jari sahaja. Disebabkan itu, penyelidik berpendapat otak kanak-kanak tidak dirangsang.

Dr. Mohammad Nawar Ariffin turut menambah yang kebanyakan ibu bapa juga sebenarnya lebih gemar memberikan iPad kepada anak mereka untuk mendiamkan kanak-kanak tersebut. Tindakan tersebut dilihat kurang wajar dan ibu bapa sepatutnya memperuntukkan masa kepada anak-anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain bersama dan bukannya menyogok mereka dengan gajet terkini.

Credit
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Income Utk Bloggers!


Salam smua..kepada kaki blogger mesti korang dah biasa sangat dengan iklan Nuffnang dan seangkatan dengannyakn? Ni satu lagi medium yang korang boleh tambah sebagai site income haa..
Pernah nampak or dengar H12?

Lepas tahu mengenai H12 Media Ads yang agak2 seakan Google Adsense terus guna sebagai platform pengiklanan dekat blog..

Ada banyak jenis iklan yang boleh anda letak di dalam blog anda. Ada pop up, slider, video dan macam-macam lagi. Pilih mana yang sesuai untuk blog anda. Dan anda boleh tetapkan sebanyak mana anda mahu jana income daripada H12 Media Ads ini.

Advise tambahan...jangan laa menempek bagai iklan sana sini..nanti ramai yang rasa annoying pulak. Apapun, kalau anda mahu cari alternatif, boleh sahaja daftar percuma dengan H12 Media Ads ini.. Try dulu haa!!


Daftar di sini sekarang >>> H12 Media Advertising


Apa yang best tentang H12?

Standard banners for your websites
Use industry standard banners for your websites: 300×250, 728×90, 468×60, 250×250, 120×600, 160×600, 336×280 pixel banners.

Premium on video banners for your any type of players
Use H12 Media’s unique on video banners on your websites and monetize your video content.
Do you have external iframe or flash players on your website? Our on video banners compatiable with them.
Highest CPM rate, because on video banners providing best click rates.
Able to set splash time-out or overlay time-out.
Able to set frequency capping for on-video banners. (1,2,3 or unlimited impressions per user/day)

Sliding banners for your websites
Use industry standard banners as sliding on your websites.
Get better click rates and CPM rate by using them.
Sliding from bottom, right, left or central… Just choose from control panel and get codes.
You can also set frequency capping for each sliding banner. (1,2,3 or unlimited impressions per user/day)

Payment limit 5 USD to Paypal
Every day your account balance updates according your previous day’s revenues.
Reach 5 USD and request a payment. We’ll make it within 24 hours.

Bank Wire Transfers
Reach 500 USD and request a payment to your bank account. We’ll make it within 24 hours. And you will see money in your bank account in 5 business days.

Banyak usaha...banyaklaa income...Tak salah mencuba sesuatu yang baru!! -㋡-
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Personaliti Wanita Melalui Bantal




1) Memeluk Bantal
-Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja .
-Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
-Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
-Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
-Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


2) Menggunakan Banyak Bantal
-Mereka biasanya kurang kenyakinan.
-Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
-Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal
-Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
-Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
-Mereka mempunyai sifat kurang baik.
-Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
-Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
-Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
-Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
-Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
-Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Tak Logik Tentang Susu Ibu

Gambar Hiasan

This topic is meant for mothers who are trying or have tried to Breastfeed (BF) tapi kena condemn oleh orang2 yang:

- Tak faham dan takde kesedaran pasal SI
- Cuba nak gagalkan orang lain yang nak
- Sengaja taknak BF anak tanpa alasan kukuh


KATA-KATA ORANG MALAS

- Susu tak cukup. Baby boy minum banyak. 
(Cik Kak, Usaha tangga kejayaan)

-Puting besar sgt mana la baby tu nak boleh hisap... 
(Gulp..Adakah sebesar buah epal?)

-Payudara kecil, Susu kurang. 
(Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi)

-Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan baby.lecehla..Kalo dah bengkak, mana sempat nak basuh2. 

(Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting Susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting Susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya)

-Sakit siot kasik Susu, puting aku sampai berdarah-darah, pastu breast bengkak-bengkak. (Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul)

-Mak saya tidak BF sebab susu kering. Mak kepada mak saya pun takde susu, maka saya pun memang tak akan ada susu. Macam penyakit keturunan.
(So tipu.)


NI KATA-KATA ORANG YANG TAK SEKOLAH

-Susu simpan dalam peti ais jadik sejuk, kalau panaskan pun dia still 'sejuk'. x elok utk baby. (Kah..Kah..Kah…Statement orang tak belajar.)

-Susu badan bau hanyir. sanggup ke bagi kat anak? Dahla tak sedap. 

(ni sapa yang minum ni. ko ke anak ko yang kata tak sedap?genius betul anak ko umur satu hari dah boleh cakap tak sedap.Lembu yang tak mandi tu, sedap sangatkah susunya? Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula.)

-Basi susu tu if baby tak hisap..Pagi2 kene perah sket dulu susu sblm bagi baby utk buang 'susu basi'. kalau lama x bagi pun susu awal tu kene buang gak.
(takde istilah basi kalo belum keluar dari breast)

-Tak masuk akal simpan susu lama-lama dalam peti sejuk.

(Susu yang dibekukan dalam deep freezer boleh tahan setahun, dalam tempat sejuk beku 4bulan, dalam peti sejuk tapi telah dinyahbekukan-24 jam. Aiskrim berbulan-bulan simpan tak takut plak nak makan)

-Ingat kot kalau BF nih boleh jarakkan kelahiran!"
(Hmm tu la kalau tau ilmu sekerat2. dalam method tu, ada syarat2 nye kena exclusive BF, Tak period lagi, pastu umor baby less than 6 months- kalo tidak memenuhi syarat2 - tersebut, pakaila protection)

-Susu ibu terlalu cair (banyak air). 

(Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air.

-Hah, pam guna mesin letrik..Tak elokla..Nanti kena kanser 
(oooo..Panaskan makanan guna microwave, guna handphone semua tu tak kira radiasi)

-Anak ko ni ari2 cirit sbb ko tu dok bagi susu badan. Ko mkn dah mcm2. x sayang anak ke? bagi la susu formula. 
(sayang oi,najis baby yang minum SI memang berwarna kuning & lembut. itu normal. x cirit laaa.....)


NI KATA-KATA ORANG-ORANG LAMA

-Awak ni pentingkan diri sendiri nak menyusu badan je, kesian kat anak tak cukup makan

-Susu badan ni kena campur ngan susu formula sikit ni..baru baby kenyang...n leh tdo lena.

-mana leh campur susu belah kiri ngan kanan. yang kanan kan utk makanan, yang kiri utk air.. (Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.)

-Susu formula mengandungi pelbagai nutrien. Nape x bagi susu tepung, nnti anak ko terbantut pembesaran. Susu formula byk vitamin 
(Terpengaruh dengan iklan ler tu.Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah Susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana Susu formula di dunia.)

-Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara. tue pasal kuning.. kena buang.." 
(Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu).


NI KATA ORANG-ORANG DENGKI

-Nanti malam2 kita je yang kena bangkit bagi susu, ayah dia syok je tido. Kalau bagi susu formula, suruh ayah dia bancuh. 
(alasan mak yang kuat tido... padahal bagi susu ibu lagi le senang, boleh lena sama2 sambil baby nyotnyot)

-Susu badan ni panas la

-Susah nak shopping 
(Susah pebenda, baby nak minum susu, duduk je kat mana-mana, selak aje baju. Tak payah nak bawak spare susu, air panas, air suam, botol segala)

-Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan. 
(Semua orang kena jaga makan what?kalo tidak segala kencing manis, darah tinggi sakit hempedu datang. Bila kita berhati-hati memilih makanan kerana nak BF, sekaligus meningkatkan kesihatan kita..tu pun salah?)

-Nanti ketet ko layut.eii….geli. sure laki ko cari lain..
(cam haram nyer statement. Yelah...Jagalah ketet ko yang macam porn star tu.Hello, ketet ko tu boleh tegang berapa lama sangat. Pengenduran buah dada adalah disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Artis amerika tu korang ingat barang dia asli ke?


NI KATA-KATA ORANG YANG DAH TAKDE IDEA SANGAT NAK KONDEM BF:-

-eiii.. bagi susu badan???... macam orang kampung jerk.. selak sana sini... 
(Pakai baju ketat nampak ketet, takpe..)

-Sapa bagi SI ni pemalas, malam taknak bangun bancuh susu. Memang la leceh bagi anak susu botol, nak kena basuh botol, sterilize etc, tapi itu la namanya pengorbanan, ni seme nak senang je jaga anak. 
(biorla dikatakan malas pun, aku nak save energy untuk produktiviti lain)

-Zaman skrg ni makanan kita dah byk chemical additives, pengawet , colouring etc, tak elok dah susu badan. Lain la zaman dulu, makanan seme natural 
(Hello…susu tin tu natural sangat ke?)

-baby manja sangat..taknak berenggang dengan mak, susah la nak buat kerja rumah... 
(Buat stok SI, letak dalam botol, soh ayah dia susukan, apa ada hal? Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.)

-Ko kena bagi anak ko susu formula, besar sok dia pandai cam anak2 akak. Pandai nyer! Sumer lepas SPM. Pastu keje & kawin. (WTF?)

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

WhatsApp!

KUALA LUMPUR: Facebook membeli aplikasi WhatsApp, perkhidmatan mesej yang berkembang pesat pada harga lebih daripada $16 bilion dalam bentuk tunai dan saham.

Namun, Facebook dan WhatsApp tetap akan beroperasi dan mempunyai ahli lembaga bersasingan. WhatsApp juga mempunyai 450 juta pengguna aktif setiap bulan.

“Pengambilalihan ini menyokong misi bersama Facebook dan WhatsApp untuk mewujudkan lebih banyak rangkaian dan utiliti kepada dunia dengan menyediakan perkhidmatan Internet teras yang cekap dan sesuai dengan kemampuan,” dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Facebook.


Info tambahan yang merapu:

Oleh sebab terlalu pack pengguna aplikasi whatsapp, maka dengan ini aplikasi Whatsapp yang lagi up to date akan di "launch" kn hanya di beberapa negeri yang terpilih sahaja. 

Antara negeri tersebut ialah:

Kelantan: WhatGapo

Terengganu: WhatGuaner

Johor: WhatLu

Pahang: WhatMende

Utara: Lain skit, Awhat

n last skali...korang WhatBodo jer info tambahan ni k..

*sekadar perkongsian

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Rahsia Tahi Lalat


Gambar Hiasan


Salam semua, hari ini nak share ilmu sikit..mesti ramai yang dah tahu..so ni untuk yang tak tahu termasuklah diri aku sendiri..hehe..Aku sendiri tuan empunya tahi lalat di bibir pon tak tahu ada maksud tersirat n tersurat tahi2 lalat ni..

Ni nak selit sikit, Masa kanak2 ribena dulu, aku dok tanyala pasai apa aku sorang saja ada tahi lalat kat mulut? kawan2 aku sorang pon tak ada. Perasaan ingin tahu membuak-buak, aku pon tanyalah kat mak..Dia jawab tahi lalat tu pernyeri muka seseorang..hurm..tak seri mana pon muka aku..

Masih tak puas hati dengan jawapan tu..aku pon p la tanya kat budak paling pandai dlm kelas masa tu..Dia dengan confiden pon jawab, masa hang baby2 dulu, hang selalu tido keluar air basi..ada lalat lapaq ayaq, dia pit stop sat..so sambil2 tu dia "cret" la sikit..so dengan cara dia sharing tu aku rs berpuas hati dengan jawapan tu..tapi last2 habis basah aku kena "kencing"...



Munculnya tahi lalat pada manusia


Tahi lalat disebabkan oleh pertumbuhan dan perkembangan abnormal dari sel-sel pigmen di bawah kulit yang lebih dalam. Tiap orang mempunyai tahi lalat. Jumlahnya bervariasi antara 10 - 40, meskipun ada juga yang sampai mempunyai 100-an tahi lalat. Kebanyakan tahi lalat muncul dari bayi lahir hingga usia 20 tahun, tetapi ada juga yang muncul selama proses perkembangan janin. Orang yang sering berjemur di bawah terik Matahari mempunyai lebih banyak tahi lalat.

Dalam perkembangannya tahi lalat ini mula-mula agak berwarna gelap, kemudian membesar, dan mempunyai bentuk dan ukuran yang berbeda-beda. Ada yang berbentuk oval, ada yang bulat, ada yang ditumbuhi rambut, ada yang polos, ada yang berwarna cokelat, hitam, dan merah muda. Ada tahi lalat yang berbahaya, ada juga yang tidak. Jika tahi lalat Anda terasa gatal atau sakit, atau terus membesar atau berdarah, sebaiknya periksakan ke dokter, sebab ada kemungkinan tahi lalat ini berkembang menjadi kanker kulit.
Disarankan juga agar tidak berjemur tanpa pelindung kulit di terik Matahari lebih dari dua jam, kerana sinar Matahari dapat menambah kecenderungan kulit mengalami melanoma (kanser kulit).



82 Rahsia Tahi Lalat

Bahagian Badan & Firasat

Bibir atas kanan
Banyak rezeki, pandai

Bibir atas kiri
Ramai kawan, baik hati

Bibir bawah kanan
Disegani orang, ramai yg suka

Bibir bawah kiri
Pandai bicara, tak mudah kalah

Leher kanan
Cerdas, jujur, berani menderita

Leher kiri
Cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

Leher di tengah
Tercapai cita-cita

Biji mata kanan
Suka serong dan pembohong

Biji mata kiri
Pembohong tetapi baik hati

Hujung mata kanan
Baik hati, sopan santun, cerdas

Hujung mata kiri
Baik budi, murah rezeki

Punggung kanan
Agak mengalami kesulitan

Punggung kiri
Malas dan suka duduk

Betis kanan
Suka berhibur, boros

Betis kiri
Rajin,tidak suka menganggur

Lutut kanan
Bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

Lutut kiri
Kurang kuat berusaha

Kepala sebelah kanan
Terkabul cita-cita

Kepala sebelah kiri
Sering menemui kesusahan

Kepala sebelah belakang
Jujur, sabar dan tekun

Kening kanan
Cerdas dan cekap

Kening kiri
Cerdas, sopan santun

Tengah kening
Keras hati, berani segala hal

Hujung mulut kanan
Kecil rezeki, tak mudah kalah

Hujung mulut kiri
Suka berpoya-poya

Ketiak kanan
Dapat menyimpan rahsia

Ketiak kiri
Jujur, banyak yang cinta

Pergelangan kaki kanan
Suka berpergian (keluar rumah)

Pergelangan kaki kiri
Kehendak kuat

Batang hidung
Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Pada hidung
Banyak rezeki

Dagu bawah kanan
Jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri
Bijak sana dan berbudi luhur

Kemaluan kanan atau kiri
Baik, suka senggama

Di kepala kemaluan (lelaki)
Bakal beristeri 2

Tumit kanan
Jujur dan banyak kawan

Tumit kiri
Baik budi

Alis kanan
Suka menolong, baik hati

Alis kiri
Ramai yang suka

Pangkal peha kanan
Kemahuan kuat

Pangkal peha kiri
Suka kerja apa pun

Telapak kaki kanan
Tak mudah mengeluh

Jari kaki kanan
Suka menolong

Jari kaki kiri
Berbudi, suka berbuat baik

Bahu kanan
Cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

Bahu kiri
Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Buah dada kanan
Baik hati, pendiam,simpan rahsia

Buah dada kiri
Ramai kawan, setia pada pasangan

Lengan kanan
Setia dan taat pada atasan

Lengan kiri
Menepati janji dan rajin

Pipi kanan
Ramai teman

Tengah-tengah pipi kanan
Ramai yg suka

Tengah-tengah pipi kiri
Ramai teman

Ubun-ubun
Kurang jujur

Pusat
Cerdas, tangkas, tekun

Pusat bahagian kanan
Sejahtera dalam hidup

Pusat bahagian kiri
Beroleh kemliaan

Pinggang kanan
Sayang pada pasangan hidup

Pinggang kiri
Disayang pasangan hidup

Dada kanan
Dapat mengatasi masalah

Dada kiri
Berani, jujur dan sabar

Telapak kaki kanan
Tidak mudah mengeluh

Telapak kaki kiri
Baik budi pekertinya

Siku tangan kanan
Kuat ingin memiliki kekayaan

Siku tangan kiri
Baik hati, suka menolong

Jari tangan kanan
Serba beroleh keuntungan

Jari tangan kiri
Serba baik bekerja

Jari telapak tangan kanan
Banyak rezeki tapi boros

Jari telapak tangan kiri
Banyak rezeki dan cermat

Perut bawah kanan
Banyak rezeki, suka memberi maaf

Perut bawah kiri
Baik hati, tenang hidupnya

Sudut mata kanan dalam
Disayang suami atau isteri

Sudut mata kiri dalam
Tidak mudah dilupakan pasangan

Sudut mata kanan luar
Baik budi, ramai yg cinta

Pelipis kiri
Murah rezeki, dpt jadi kaya

Pelipis kanan
Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas
Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas
Baik budi, ramai yg suka

Kelopak mata kanan bawah
Agak malas

Kelopak mata kiri bawah
Agak bodoh, kurang bijaksana




Hanya sekadar menambah pengetahuan...Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas....Namun Tahi lalat tu pemanis wajah tau kalau kena orangnye...hee aku pon ada satu tau kat atas bibir kiri.


Wallahualam

Sumber: http://www.yohanessurya.com/activities.php?pid=20201&id=99
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Penawar Stress Wanita




Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.


Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja diproses daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh digoda dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia dalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.

Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang. dipetik dari majalah PA&MAFeb 2004kalau tak caya

So kengkawan kalau tengah stress tu ..bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend.
Bagi kaum adam pulak, simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.

Moral of the Story. So kalau isteri dok tention tu lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak anda..yang masam tu insyaallah mood dia ok.

Selamat mencuba & kepada para isteri jangan dok tension sangat nanti kena cium bau ketiak suami ..
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL