SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Kini Ganja Dijual Melalui Mesin Layan Diri



Selepas mengambil ganja bukan lagi satu kesalahan di Colorado, Amerika Syarikat kini jualannya dilihat kian terbuka menerusi mesin layan diri.

Mesin ini diperkenalkan untuk mengelak sistem orang tengah dan memudahkan pembelian oleh pelanggan.

Dalam erti kata lain, pengguna ganja kini tidak lagi perlu membeli secara sembunyi-sembunyi.


Digelar Zazz, mesin yang dikeluarkan oleh syarikat American Green ini mula diperkenalkan buat kali pertama di sebuah dispensari di Eagle-Vail, berhampiran sebuah restoran barbeku.

Bagaimanapun untuk membeli produk ganja di mesin ini, pelanggan harus menggimbas kad pengenalan sebagai pengesahan identiti dan usia.

Bagi langkah berjaga-jaga untuk tujuan keselamatan, mesin Zazz turut dilengkapi beberapa kamera.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Antara Kejadian Pelik Semasa Berasmara




Secara purata dan boleh dianggap sebagai fakta kehidupan, setiap manusia sama ada lelaki ataupun perempuan mereka sentiasa mempunyai keinginan seks, dan semakin memuncak apabila sedang bermadu kasih. Tapi kena sentiasa berjaga-jaga agar tidak berlaku kejadian yang boleh "spoil" kan nafsu berhubungan kelamin.


1. Bercium sehingga pekak.
Jika sedang bercium ketika bermadu kasih, adalah lebih elok jika tidak tergesa-gesa seperti dikejar hantu. Hubungan intim sentiasa mengembirakan pasangan anda tetapi jika dilakukan dengan tergesa-gesa maka kejadian berikut mungkin akan terjadi kepada anda.

Seorang gadis dari China telah menjadi tuli atau pekak akibat terlalu tergesa-gesa ketika sedang ber"muah" dengan pasangannya. Ini kerana apabila terdapa pergerakan pada tulang geraham gigi kita, tekanan akan wujud pada telinga seperti ia ditekan, maka adalah lebih elok jika bercumbuan dengan cara yang santai berbanding kelang-kabut seperti dikejar hantu.



2. Love bite menyebabkan stroke.
Salah satu perkara yang boleh menaikkan nafsu pasangan anda adalah love bite. Tetapi adakah kita sedar bila mana kita melakukan bite tersebut, kulit kelihatan merah sedikit. Itu menandakan terdapat ketulan darah di bahagian tersebut seperti cerita berikut.

Seorang wanita mengalami masalah strok apabila lengan sebelah kirinya kaku secara tiba-tiba dan apabila disiasat, terdapat gumpalan darah beku dibahagian love bite yang telah dilakukan oleh pasangan beliau. Agak menyeramkan juga.



3. Tertelan kondom
Seperti tertulis pada tajuk, hal ini bukan antara babak-babak cerita komidi tetapi ia benar-benar terjadi di inidia apabila seorang wanita mengalami batu-batuk yang tidak sembuh selama 6 bulan dan apabila diperiksa doktor mendapati, beliau begitu terkejut apabila menemui selapis kondom di paru-paru wanita tersebut.













4. Alat mainan seks, DILDO.
Kejadian ini terjadi akibat penggunaan alat dildo yang tidak terjamin keselamatanya. Seorang lelaki telah mengubah suai sendiri dildonya yang digerakkan secara mekanikal. Kemudian alat tersebut digunakan ketika beliau menikmati hubungan seks bersama pasangannya tetapi alat ini mengalami kegagalan malah menyebabkan wanita tersebut tersiksa apabila miss V nya tercedera. Kesian ladies terpaksa menanggung sakit beberapa bulan.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Azarbaijan Pindah Solat Jumaat ke hari Sabtu


Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu. Arahan itu dikeluarkan pada 30 Jun yang lalu.

Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu.

Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.

Menanggapi alasan pemerintah, khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dinilai sebagai sebuah sentimen politik semata-mata.

“Pemerintah risau solat Jumaat menjadi medan pendidikan politik yang boleh menggugat kewibawaan pemerintah. Solat Jumaat tidak boleh dipindahkan hari sesuka hati,” ujarnya.

Republik Azarbaijan adalah negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim di sana mencapai 90% dari jumlah keseluruhan penduduknya.

Kedekatan regim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan dasar-dasar pemerintah cenderung anti Islam. Sehingga kini, warga muslim Azarbaijan masih memperjuangkan hak-hak kaum muslimah untuk memakai tudung.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Antara Post Merapu Isu Kematian Karpal Singh



Takziah buat keluarga Karpal dan keluarga pembantu peribadinya yang turut maut dalam kemalangan tersebut.

Berikut antara printscreen merapu mengikut "Ranking Merapu" berhubung isu kematian YB Karpal Singh.


NO. 10



NO. 9



NO. 8



NO. 7




NO. 6




NO. 5


NO. 4



NO. 3



NO. 2



NO. 1


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL