SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Iklan Paling Dibenci Orang Yahudi



Selepas beberapa hari semenjak tersebarnya video yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW ke seluruh dunia oleh puak-puak Yahudi ini, akhirnya mereka terpaksa berhadapan dengan apa yang umat Islam di dunia rasai selepas turut dihina dalam sebuah iklan oleh sebuah syarikat pembuat pil.

Gambar mengerikan mangsa kem tahanan rejim Nazi adalah mimpi buruk bagi sebahagian besar kaum Yahudi.


Namun, gambaran mengerikan itu justeru menjadi bahan jenaka sebuah surat kabar Estonia dengan menjadikannya sebuah iklan. Tidak hairanlah, iklan ini mengundang kemarahan banyak orang, terutama kaum Yahudi.

Iklan itu sendiri mempromosikan pil diet yang memaparkan sejumlah lelaki kelaparan dengan lokasi di kem mematikan terbesar di Jerman itu. Dalam iklan itu, terpampang tulisan,” Satu, Dua, Tiga, pil pelangsing Dr Mengele sangat berkesan untuk anda! Tak ada lagi orang gemuk di Buchenwald! ”



Reaksi paling keras datang dari organisasi Yahudi. Mereka mengecam iklan di Eesti Ekspress yang diletakkan di bahagian jenaka surat khabar itu.

”Iklan ini amat mengelirukan dengan mengorbankan berjuta-juta mangsa korban Nazi,” ungkap Efraim Zuroff dari Pusat Simon Wiesenthal, Jerusalem.

Alla Jakobson, jurucakap komuniti Yahudi Estonia, berkata, insiden itu menunjukkan masyarakat Estonia mengalami masalah besar dalam moral dan nilai etika.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Makam Pemimpin Kejam Israel



Rata-rata rakyat dunia terutama rakyat Palestin gembira mendengar khabar kematian pemimpin Israel yang digelar sebagai “The Bulldozer" itu.

Ariel Sharon, pemimpin kejam Israel yang dilaporkan meninggal dunia pada 11 Januari 2014 kini bakal dikuburkan bersebelahan dengan kuburan isterinya.


Sebelum ajalnya tiba, Ariel Sharon telah menderita koma selama 8 tahun iaitu sejak tahun 2006 akibat diserang angin ahmar.

Di bawah beberapa gambar kuburan yang digali untuk mayat Ariel Sharon disemadikan. (Gambar: Ariel Schalit)











Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

MH370: Syarikat Insurans Bayar 2 juta Pada Waris






Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd akan membayar RM2 juta kepada 14 waris penumpang pesawat MH370 yang hilang semasa dalam penerbangan, kata Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Koh Yaw Hui.

Beliau berkata syarikat itu akan mengetepikan prosedur bagi memproses pembayaran tuntutan.

“Kami memahami situasi mereka, dan oleh itu, akan terus membuat pembayaran,” katanya kepada media di luar acara perasmian Pusat Kecemerlangan Great Eastern Life baharu di sini Selasa.

Koh berkata proses pembayaran hanya mengambil masa sehari.

Beliau juga berkata semua pelanggan yang diinsuranskan dengan Great Eastern Life Assurance terdiri daripada rakyat Malaysia.

Penerbangan MH370 Malaysia Airlines yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, hilang kira-kira 40 minit dalam perjalanan.

Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 153 warga China, 50 Malaysia dan tujuh Indonesia.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Masjid KOBE Selepas Bom Atom & Gempa Bumi



Masjid Kobe di Jepun bukan sahaja tahan gegaran gempa bumi tetapi masjid ini terselamat dari bom atom! Subhanallah! Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. 

Masjid ini dibina tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. Serangan Jepun atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika Syarikat telah membuat kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali dalam sejarah dunia.


Jepun pun menyerah kalah, tentera Jepun yang berada di Malaya pun sama terlibat turut pulang. Dua bandarnya, Nagasaki dan Hiroshima dibom dengan bom atom oleh Amerika. Semasa itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Boleh dikata Kobe menjadi padang jarak padang terkukur.

Ketika bangunan di sekitarnya musnah sama sekali, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah.

Bahagian luar masjid menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di bilik bawah tanah masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. 

Masjid ini kemudian menjadi tempat pelarian mangsa perang.


Kerajaan Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana membaikpulih dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang didatangkan terus dari German. Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di tengah ruangan solat utama. Sistem pengatur suhu bilik juga diletakkan di masjid ini.

Sekolah yang hancur akibat perang kembali dibaikpulih dan beberapa bangunan tambahan pun mula dibina. Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Kobe.

Krisis kewangan sering menghimpit ahli jawatankuasa masjid. Cukai bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan cukup banyak bayaran dari simpanannya. Banyak sumbangan dihulurkan untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan mengubah suai masjid ini. Sumbangannya menjadikan Masjid Kobe menjadi semakin berkembang.

Pada tahun 1995, kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan gempa bumi paling dahsyat. Tepatnya pada pukul 5.46 pagi, Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lain-lain.

Meski hanya berlaku selama 20 saat, namun gempa ini mengorbankan seramai 6,433 orang, yang sebahagian besarnya merupakan penduduk bandar Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar seluas 20 km dari pusat gempa.

Gempa bumi itu adalah kedua terburuk di Jepun selepas gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak gempa bumi besar Kanto 1923 yang mengorbankan 140,000 orang.

Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak bergoyah meskipun dilanyak dari berbagai bencana. Semoga dakwah Islam di Jepun seteguh masjid ini.

Gambar Masjid Kobe sekarang.





Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL