SuaraPensEL
hit the buttOn :
Posts Terkini

Ibu Bermimpi Minta Delete Gambar HOT




Ini realiti yang berlaku sejak adanya laman sosial Facebook. Maaf, aku terpaksa menutup semua link yang gambar yang berkaitan dengan Arwah. Semua orang boleh baca, apa yang ada dalam gambar di atas. Seorang gadis yang dahulunya meletakkan gambar2 hotnya yang tidak menutup aurat di akaun facebooknya. 

Yelah, mana ada manusia yang tahu bila ajalnya akan tiba. Bila dah jadi macam ini, nak menyesal tak berguna lagi. Gambar-gambar yang terdedah aurat masih lagi dapat di lihat orang orang lain dan dosanya mengalir walaupon arwah sudah tiada. Nauzubillah….mintak dijauhkan Allah…

Pengguna facebook diluar sana perlu beringat-ingat. Nak jadi hot di kalangan rakan-rakan facebook korang bukan ini caranya. Klo nak letak gambar dalam tu boleh, tetapi biarlah gambar yang menutup aurat. Supaya apabila perkara yang tidak di ingini berlaku, kita boleh pergi dengan tenang.

Suatu ketika dahulu, pernah berlaku kes menyihir gambar melalui gambar di Facebook. Untuk mengelak perkara sihir berlaku, jangan lupa amalkan Bacaan Mathurat setiap pagi dan petang. Aku pesan je kat orang, kadang2 aku pon terlupa dan terleka dengan kesibukkan dunia.

Share kepada rakan-rakan anda, supaya perkara macam ini tidak berlaku lagi. Kadang-kadang aku pernah dengar, “Kubur lain2, dosa pahala aku yang tanggung!!”. Bukan main lantang lagi bersuara, ingat ye saudara, saudara mati nanti, orang lain yang tlg menguruskan jenazah saudara, orang lain yang mengebumikan saudara.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Umur Bukan Penghalang Menikahi Lelaki Tampan



Liu Xiaoqing, seorang wanita cantik berumur 60 tahun menikah dengan lelaki berumur 28 tahun yang tampan dan kaya raya di San Fransisco. Pernikahan pasangan berbeza usia yang sangat jauh ini pun menjadi sensasi.

Lelaki muda bernama Yi Gang yang berkerjaya sebagai pemain badminton baru berumur 28 tahun dan berasal dari keluarga kaya raya. Apa yang menjadikan pendorong Yi Gang menikahi Liu Xiaoqing? Hal ini mungkin saja terjadi kerana si wanita yang berumur 60 tahun itu masih terlihat seperti umur 30 tahun! 


Penampilan Liu xiaoqing setahun sebelum menikah, penampilannya tetap terjaga


Penampilan Liu Xiaoqing kini, ia tetap menarik, cantik dan sexy

Apa yang membuatkan Liu Xiaoqing yang sudah berumur 60 tahun ini tetap kelihatan cantik dan awet muda? Khabarnya Liu sudah melakukan beberapa kali pembedahan plastik untuk menjaga penampilannya.



Liu Xiaoqing, bergambar bersama suaminya yang muda dan tampan, Yi Gang

Bukan itu sahaja, berkat kecantikannya, Liu Xiaoqing juga sudah beberapa kali mendapat gelaran Miss Kecantikan untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bahkan baru-baru ini beliau bermain dalam sebuah film dimana diceritakan Liu berperanan menjadi gadis berusia 19 tahun. Wow!

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Tipu Ibu Beli Buku Teks ke "Seks" ?



Sebuah video klip pendek yang memperlihatkan seorang gadis Melayu yang bertelanjang menelefon ibunya untuk menipu dia sedang sibuk membeli buka teks sekolah tersebar hari ini.

Dalam video berkenaan, gadis itu yang mungkin pelajar sekolah menengah dipercayai sedang bersama teman lelakinya berdasarkan suara lelaki itu di penghujung klip. Kemungkinan pasangan berkenaan berada di bilik hotel.

Aksi dalam klip itu bermula dari atas katil sehingga ke bilik air tanpa seutas benang di tubuh gadis itu.

Video berkenaan asalnya mulai viral di Whatsapp.Bendanya di sini… satu dah la video itu secara jelas menjerumus kemungkinan besar berlaku zina antara mereka, keduanya ialah sikap gadis itu yang sedang menipu ibunya dan ketiga ialah kebodohan pasangan berkenaan merakam perbuatan jahat mereka.

Kalau dah terlalu sanggap sampai lupa soal hukum hakam… perlu ke pulak aksi berkenaan dirakam?

Kepada masyarakat di luar, ambik la pengajaran daripada apa yang berlaku itu…rakaman di telefon bimbit…walaupun untuk kegunaan peribadi… akan menjadi tatapan umum jika alat itu jatuh ke tangan pihak lain… atau kalau pasangan anda marah dan mahu membalas dendam.
Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

Bantah Perundangan Syariah Sanggup Bogel



Alia al-Mahdi, rakyat Mesir yang pernah menggemparkan negara itu dengan gambar bogelnya, kini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia berbogel untuk membantah draf perlembagaan baru di Mesir.

Dengan alasan berbogel untuk perubahan, gambar tersebut disiarkan dalam laman web aktivis FEMEN di Stockholm.

Sambil memegang bendera Mesir, dia menulis perkataan `syariah bukan perlembagaan’ pada badannya.

Menurut wanita yang tidak bermaruah itu, dia memilih untuk melakukan perbuatan berkenaan bagi memberitahu kepada pemerintah Mesir, bahawa badan manusia milik awam.

“Tentulah jika kita mahu melakukan perubahan, kita perlu melakukan sesuatu biarpun ia tidak disukai,” katanya.

Alia meninggalkan Mesir pada bulan Mac lalu bagi menghadiri satu persidangan di Sweden mengenai keadaan wanita di negara Arab selepas kebangkitan rakyat, tahun lalu.

Selepas itu, dia tidak lagi kembali ke tanah airnya, sebaliknya mengemukakan permohonan suaka di Sweden.

Dia berdepan hukuman penjara di Mesir susulan tindakannya bergambar bogel sebelum ini.

Sementara keluarganya di Kaherah pula, kata Alia, ditinggalkannya dalam keadaan memalukan dengan mereka terpaksa berdepan dengan kecaman daripada masyarakat setempat akibat tindakan tidak bermoralnya itu.

Malah, jiran tetangga pula tidak lagi bertegur sapa dengan keluarganya, semuanya gara-gara Alia yang hilang pedoman itu.

Dia baru menganggotai FEMEN, sejak dua minggu lalu.

Alia menjadi popular selepas bergambar bogel dalam blognya, setahun yang lalu.

Baru-baru ini, Alia telah dihalang daripada memasuki Perancis untuk mengambil bahagian dalam protes bogel yang dirancang diadakan kedutaan Mesir di Paris.

Dalam pada itu, kumpulan pembangkang di Mesir yang turut memprotes rangka perlembagaan baru Mesir bagaimanapun tidak bersetuju dengan tindakan Alia itu.

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This

ARTIKEL

MELETOP

 
© Copyright 2014 SuaraPensEL - All Rights Reserved - Proudly powered by Blogger
Proudly Published by Mas Template - Proudly Modified by SuaraPensEL